SET AHLUSH SHADID

KELUARGA HEBAT

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.

Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (maksud Al-Quran Surah Al-Isra', ayat 82).

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." (maksud Al-Quran Surah. Fushshilat,ayat 44 )

2 ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa Al-Quran mengandungi sumber penyembuhan dan ia merupakan penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kehidupan manusia. Hal ini adalah manfaat yang dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman kerana merekalah yang percayakan Al-Quran, merekalah yang membaca Al-Quran dan merekalah yang menghayati Al-Quran.

Apabila Al-Quran menyebut tentang penawar atau sumber penyembuhan, tentulah ia merujuk kepada penyakit atau masalah yang menjadi punca kepada kehidupan yang tidak sihat. Penyakit ini pula tentulah meliputi penyakit jasmani dan rohani.

Mengapa manusia tidak merujuk kepada Al-Quran untuk mencari penawar segala penyakit. Adakah kita sudah luntur kepercayaan kita kepada Al-Quran dan hadis ? Begitu banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan kebaikan makanan atau herba-herba tertentu. Sebagai contohnya :

Firman Allah dalam Surah An-Nahli ayat 68-69 bermaksud:-

"Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia".

Lebih utama lagi, al-Quran adalah sumber penyembuhan kepada masalah jiwa dan masalah batin manusia. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan kehidupan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Pengertian fakta itu sangatlah mendalam dari aspek perawatan masalah rohani manusia. Mereka menderita masalah jiwa, masalah emosi, biarpun fizikalnya mereka kelihatan normal dan sihat.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka telah lahir satu pakej makanan tambahan kesihatan yang dinamakan pakej 'Ahlush Shadid' yang membawa maksud 'Keluarga Hebat'. Pakej ini mengandungi 3 produk utama iaitu i-Pro Zaujan untuk lelaki, i-Pro Zaujah untuk wanita dan i-Pro Zaki untuk minda kanak-kanak. Bahan-bahan kandungannya adalah gabungan bahan-bahan makanan yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis dan digabungkan juga dengan herba-herba tempatan yang terbukti kemujarabannya.


1. i-Pro Zaujan
Rahsia Lelaki Hebat
Minuman herba yang dihasilkan khas untuk golongan lelaki yang mementingkan kesihatan dalaman yang dihasilkan melalui kombinasi 18 herba terpilih. Ianya dirumuskan untuk semua golongan lelaki bermula dari alam remaja sehingga dewasa. Ianya dapat memberi tenaga dalaman secara semulajadi, melancarkan perjalanan darah, mempertingkat daya ketahanan badan, menghilangkan bau badan, berupaya meningkatkan tenaga seksual lelaki. Amat sesuai untuk lelaki yang mempunyai masalah kurang tenaga dan masalah sakit sendi dan otot-otot.
Kandungan Herba dan fungasi yang terdapat produk ini adalah : 
Ekstrak Tongkat Ali Putih Berfungsi membantu menguatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan keletihan, nenguatkan ketahanan badan terhadap penyakit  dan menguatkan sistem penghadaman.
Ekstrak Tongkat Ali Hitam  Membantu mengurangkan sakit pinggang, menguatkan otot-otot tubuh, dan memulihkan tenaga. 
Ekstrak Ubi Jaga  Sebagai afrodisiak untuk meransang seks, penawar demam dan penyakit siflis 
Ekstrak Halban
Bertindak terhadap kelenjar pituitary secara spesifiknya terhadap penghasilan hormon luteinizing(LH). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan progesterone dan membantu mengawal kitar haid. 
Ekstrak Mas Chotek
 
Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol dan lemak neutral di dalam badan, mengurangkan kolestrol & menstabilkan kandungan lemak dalam badan, mengeluarkan toksid dari tubuh badan, mengawal alergi di sebabkan oleh antigen, memperkuatkan sistem penghadaman, membantu peyerapan nutrien dalam badan, mempunyai fungsi antioksidan, membantu mengurangkan hypertension dan menenangkan minda. 
Ekstrak Rempah Gunung
 
Membantu stabilkan stabilkan hormon dalam badan, melancarkan peredaran darah menguatkan fungsi buah pinggang. 
Ekstrak Akar hj Samad
 

Membantu meningkatkan tenaga dan stamina dan mengurangkan masalah kesakitan sendi. 
Ekstrak Kayu Geronggang
 
Membantu melancarkan peredaran darah dan membantu proses perkumuhan 
Ekstrak Ginseng
Membantu meningkatkan stamina, melambatkan proses penuaan, mengatasi rasa stress dan meningkatkan fungsi otak dan kecerdasan.
Ekstrak Serai Wangi
Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin, membantu mengimbangi kestabilan hormon., melawas dan melancarkan pembuangan air kecil.
Ekstrak Cengkih
Melancarkan peredaran darah dan memberi kepanasan pada badan,menguatkan gigi, gusi dan organ dalam badan.
Ekstrak Kulit Kayu Manis
Mengubati masalah kencing dan rawatan selepas bersalin, berupaya mengecutkan darah dan meningkatkan imuniti dalam badan, menyingkirkan toksid dalam badam, melancarkan peredaran darah, masalah lenguh-lenguh badan yang berpunca daripada kesejukan.
Ekstrak Jintan Hitam
Hadis riwayat Bukhari, Muslim menceritakan Abu Hurairah r.a. berkata "Tetaplah dengan Habbah Al Sawdah (jintan hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali Al-sam atau maut." Antara khasiat jintan hitam ialah menguatkan tenaga, mengurangkan kolesterol, penyakit kencing tidak lawas , haid tidak lancar, memperbanyakkan susu badan, demam selsema dan sakit tekak.
Ekstrak Biji Kurma
meredakan tekanan darah tinggi, mengandungi fiber yang tinggi, rendah lemak & protein,baik untuk megurangkan ghout, penncegah bagi batu ginjal dan penyakit serta untuk kecantikan kulit.
Pati Kurma
Memberi tenaga dalaman semulajadi, melancarkan peredaran darah, membantu mengatasi masalah lelah/asma, mempertingkatkan daya tahan tubuh bagi melawan penyakit, membantu menghilangkan bau badan/peluh dan kaya dengan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan.
Pati Mengkudu
Membantu untuk dan menguatkan badan, melancarkan peredaran darah, membantu mengurangkan masalah kencing manis dan darah tinggi, membantu mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk serta melambatkan proses penuaan.
Madu
khususnya mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kesihatan, memberi tenaga pada tubuh, mengeluarkan racun, membunuh kuman yang memudaratkan tubuh, menyembuhkan penyakit, memperbaiki peredaran darah malah malah khasiat madu adalah amat sesuai untuk buah pinggang dan hati. Madu mengandungi zat ferment , vitamin mineral, Asid amino, hormon, zat bakterisidal dan bahan-bahan aromatik.
Cuka Epal
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi Berfungsi untuk membantu memecahkan molekul lemak dalam badan dan membantu mengurangkan masalah jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea, mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia, membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar, meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman dan berfungsi sebagai pembersih/pencuci untuk usus. Cuka Epal mengandungi 47 kali lebih banyak vitamin C dari buah oren dan 8.8 kali lebih dari roselle.
Vitamin C
meningkatkan daya tahan tubuh, baik untuk mata, mampu mencegah proses metabolisme gula yang abnormal, melindungi pembuluh darah rosak dan bersifat antioksidan.
 

2. i-Pro Zaujah
Rahsia Isteri Anggun
i-Pro Zaujah adalah minuman kesihatan yang dirumus khas dari 12 herba terpilih untuk wanita masa kini. Ianya dapat memberi tenaga dalaman secara semulajadi, melancarkan perjalanan darah, mempertingkat daya ketahanan badan, menghilangkan bau badan, berupaya memperkuatkan otot dalaman wanita, meningkatkan tenaga seksual wanita dan membantu mengurangkan berbagai masalah kesihatan pada wanita. Amat sesuai untuk wanita yang sukar hamil.
Kandungan Herba dan fungasi yang terdapat produk ini adalah :
Ekstrak Manjakani
mengecutkan otot bahagian sulit wanita, Melambatkan proses penuaan, ,menghilangkan bau badan dan anti bakteria serta kulat.
Ekstrak Mas Cotek
Memberi tenaga dalaman wanita, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan sistem penghadaman
Ekstrak Kunyit
Merapatkan dan mengetatkan otot faraj, mengurangkan masalah senggugut.
Halia
Membantu megeluarkan angin dalam badan membantu menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain. Membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun.
Asam Keping
Untuk masalah sengugut dan keputihan
Asam Jawa
Menyejukan badan, melancarkan peredaran darah
Sireh
meningkatkan pertahan badan  memlalui kesan anti bakteria,anti kulat dan anti virus, serta melindungi tubuh dari serangan jangkitan
Sennamaki
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan melambatkan proses penuaan.
Cuka Epal
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Berfungsi untuk membantu memecahkan molekul lemak dalam badan dan membantu mengurangkan masalah jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea, mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia, membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar, meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman dan berfungsi sebagai pembersih/pencuci untuk usus.

Cuka Epal mengandungi 47 kali lebih banyak vitamin C dari buah oren dan 8.8 kali lebih dari roselle.
Pati Mengkudu
Membantu untuk dan menguatkan badan, melancarkan peredaran darah, membantu mengurangkan masalah kencing manis dan darah tinggi, membantu mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk serta melambatkan proses penuaan.
Ekstrak akar Geronggang
Membantu melancarkan peredaran darah dan membantu proses perkumuhan
Ekstrak Akar Rempah Gunung
 
Membantu stabilkan stabilkan hormon dalam badan, melancarkan peredaran darah menguatkan fungsi buah pinggang.



3. i-Pro Zaki
Minuman Minda Kanak-Kanak
i-Pro Zaki adalah produk minda yang di rumus khas gabungan dari makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis. sebagai pemakanan kesihatan berkhasiat yang boleh membekalkan oksigen ke otak disamping boleh membantu meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Juga berfungsi untuk membantu meningkatkan kecergasan dan tenaga, meningkatkan daya tumpuan, meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan kemampuan minda, serta meningkatkan daya tahanan badan dan kesihatan secara keseluruhan.
Kandungan Herba dan fungasi yang terdapat produk ini adalah :
1. KURMA
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan proses perkumuhan, baik untuk minda dan boleh mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.
2. KISMIS
Iman Az-Zuhdi berkata:- "Sesiapa yang ingin menghafal Hadis, maka dia hendaklah memakan zahib (kismis)".

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud:- "Sebaik-baik makanan ialah zahib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut".
3.MADU
Firman Allah dalam Surah An-Nahi ayat 68-69 bermaksud:- "Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia".

Rasulullah bersabda:- "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu".

Mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum dan silica untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental.
4.ZA'FARAN
Saidina Ali pernah menyatakan:- "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran tulen dicampur dengan madu diminum sebanyak 2 sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatan sehingga dituduh melakukan sihir".
5.EKSTRAK GINKGO
Kajian membuktikan Ginkgo mampu untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal, meningkatkan aliran darah ke otak termasuk sistem saraf otak, mampu untuk membantu  merawat penyakit asma di samping kandungan anti-oksidannya yang tinggi.
6.DELIMA
Fiman Allah di dalam Surah Al- An'am ayat 99 yang bermaksud : " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.."
7.CUKA EPAL
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Berfungsi untuk membantu memecahkan molekul lemak dalam badan dan membantu mengurangkan masalah jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi, mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea, mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia, membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar, meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman dan berfungsi sebagai pembersih/pencuci untuk usus.

Cuka Epal mengandungi 47 kali lebih banyak vitamin C dari buah oren dan 8.8 kali lebih dari roselle.
TAURINA Sejenis asid amino untuk membina sel dan penting untuk metabolisma terutama di dalam otak. Juga menolong stabilkan membrane sel-sel membrane. Ianya baik juga untuk mata & darah kerana ia juga mengandungi sedikit agen antioksida dan agen detoksifikasi dan baik untuk pembesaran tubuh badan. Taurina penting untuk kebaikan fungsi otak, jantung, hempedu, mata dan sistem vaskular. Taurina bertindak sebagai hormon pengantara saraf yang melindungi dan menstabilkan sel membran otak. Bantu menyihatkan sistem imun serta mengawal atur paras kolesterol darah bagi kesihatan sistem kardiovaskular.
DHA Asid Docosahexaenoic atau DHA adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat.